Assalaamu'alaikum wa rahmatullah.
Blog ini telah berpindah.
Untuk mendapatkan catatan terbaru sila ke www.infoinggeris.blogspot.com

11 November 2010

Cara Menyebut dan Mengguna Perkataan 'The'

-Learning English is fun, right? Mempelajari Bahasa Inggeris seronok, kan?

Dalam catatan yang sebelum ini saya sudah bincang mengenai indefinite article kata sandang tak pasti. Dalam catatan ini saya akan terangkan mengenai definite article kata sandang pasti. Perkataan the dipanggil definite article. Dalam Bahasa Melayu perkataan the boleh dipersamakan dengan perkataan itu, contohnya the book buku itu.

Cara Menyebut 'The'

Terdapat dua cara untuk menyebut the iaitu:
  • Sebutan lemah: thu (seperti menyebut de dalam depan)
  • Sebutan kuat: thee (seperti menyebut di dalam diri).

Sebutan lemah (thu) digunakan untuk perkataan yang bermula dengan huruf consonant konsonan atau huruf vowel vokal yang berbunyi seperti huruf consonant (sila rujuk kepada perbincangan fonetik), contohnya:
  • Consonant: the book, the yoyo, the house, the kite, the doctor.
  • Vowel yang berbunyi seperti consonant: the university, the uniform, the unicorn.

Sebutan kuat (thee) pula digunakan untuk perkataan yang bermula dengan huruf vowel atau huruf consonant yang berbunyi seperti huruf vowel, contohnya:
  • Vowel: the apple, the elephant, the ice, the owner, the umpire.
  • Consonant yang berbunyi seperti vowel: the hour, the heir.

Sebutan kuat (thee) juga diguna untuk memberi tekanan kepada sesuatu perkataan tanpa mengira perkataan itu bermula dengan bunyi consonant atau bunyi vowel, contohnya:
"I met Siti Nurhaliza yesterday." "Saya bertemu dengan Siti Nurhaliza semalam."
"You mean the Siti Nurhaliza?" "Maksud awak Siti Nurhaliza yang itu?"
"Yes, the Siti Nurhaliza, lucky me." "Ya, Siti Nurhaliza yang itu, bertuah saya." 


Penggunaan 'The'

Kita guna 'the' apabila kita tahu bahawa orang yang mendengar percakapan kita tahu akan perkara yang kita sedang rujuk, contohnya:
  • "The handphone that you took is mine." "Telefon bimbit yang awak telah ambil itu kepunyaan saya."
  • "Did you lock the door?" "Awak dah kunci pintu itu?"
  • "Get out of the building!" "Keluar dari bangunan itu!"


'the' juga digunakan selepas kita telah sebut perkara yang dirujuk, contohnya:
  • I have two shirts. I prefer the blue shirt than the green one. Saya ada dua baju. Saya lebih suka baju yang biru itu dari yang hijau.

Lokasi geografi, sungai dan lautan juga sering dirujuk dengan menggunakan 'the', contohnya:
  • the equator khatulistiwa
  • the Straits of Malacca Selat Melaka
  • the Amazon Sungai Amazon
  • the South Pole Kutub Selatan


'the' juga digunakan untuk merujuk kepada perkara yang khusus atau untuk mengkhususkan sesuatu, contohnya:
  • the Kuala Lumpur Tower Menara Kuala Lumpur
  • the rain hujan
  • the world dunia
  • the fire api


'the' boleh juga digunakan untuk merujuk kepada sesuatu tempat atau orang yang popular. Ingat ye, cara sebutan 'the' di sini adalah dengan sebutan kuat iaitu thee, contohnya:
  • "KLCC is the place to go." "KLCC-lah tempatnya untuk berkunjung."
  • "You mean the Ziana Zain?" "Maksud awak Ziana Zain yang itu?"

-See you again, Allah willing. Jumpa lagi, insya-Allah.

3 ulasan:

  1. mudah di fahami

    BalasPadam
  2. nak tahu macam mana nak kuasai bahasa enggeris dari awal??

    BalasPadam