Pages

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah.
Blog ini telah berpindah.
Untuk mendapatkan catatan terbaru sila ke www.infoinggeris.blogspot.com

02 November 2010

Common Noun dan Proper Noun

Noun kata nama boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu common noun kata nama am dan proper noun kata nama khas. Common noun merujuk secara umum kepada nama-nama kewujudan, kebendaan atau kesamaran. Proper noun pula merujuk secara khusus kepada nama-nama kewujudan, kebendaan atau kesamaran. Lihat contoh-contoh berikut yang menunjukkan perbezaan antara common noun dan proper noun.

Kewujudan
Common noun Kata nama am Proper noun Kata nama khas
god tuhan
teacher guru
cat kucing
angel malaikat
tree pokok        
God Allah s.w.t.
Mr Rosli Encik Rosli
Comel Comel
Gabriel Jibril a.s.
Orchid Orkid


Kebendaan
Common noun Kata nama am Proper noun Kata nama khas
pen pen
building bangunan
book buku
stone batu
planet planet       
Faber Castel Faber Castel
Kuala Lumpur Tower Menara Kuala Lumpur
Al-Quran Al-Quran
Diamond Berlian
Mars Marikh


Kesamaran
Common noun Kata nama am Proper noun Kata nama khas
day hari
illness penyakit
disaster bencana
organization pertubuhan
song lagu
garden taman           
Wednesday Rabu
Dengue Denggi
Tsunami Tsunami
Red Cresent Bulan Sabit Merah
Negara Ku Negara Ku
Taman Perdana Taman Perdana

1 ulasan: