Pages

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah.
Blog ini telah berpindah.
Untuk mendapatkan catatan terbaru sila ke www.infoinggeris.blogspot.com

Mengenai

Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim.

Nama saya Zurin dan selamat datang ke blog saya.

Setiap kali saya berbual dengan pelajar sekolah rendah, menengah atau pelajar institusi pengajian tinggi mereka sering mengatakan bahawa salah satu masalah utama mereka adalah memahami Bahasa Inggeris. Tapi bila saya cari di Internet saya dapati susah nak dapatkan kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan secara percuma. Kenapa ye? Entahlah, saya pun tak tahu. Mungkin saya cari tak betul kot. Kalau ada pun yang percuma, bahasa yang digunakan untuk mengajar kursus Bahasa Inggeris itu adalah Bahasa Inggeris juga, maka sukarlah untuk difahami oleh kita yang berbahasa Melayu ni.

Memikirkan hal ini maka tergerak hati saya untuk memulakan kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan secara percuma. Setelah berbulan-bulan membuat kajian mengenai pelajaran Bahasa Inggeris dan juga teknologi blogging maka terbukalah blog Kursus Bahasa Inggeris Percuma ini.

Saya ni bukan seorang guru tapi hanya orang yang dah biasa bercakap dalam Bahasa Inggeris sejak dari kecil lagi. Oleh itu, walaupun saya berusaha untuk memastikan kandungan blog ini bebas dari kesilapan, ada kemungkinan kesilapan akan berlaku juga, maklumlah guru belum pas lagi. Harap tidak keberatan menegur jika terdapat kesilapan ye. Mudah-mudahan kita dapat belajar bersama. Seterusnya jika anda benar-benar ingin mempelajari Bahasa Inggeris secara terperinci maka eloklah mempelajarinya dari guru-guru yang berkelayakan dan berpengalaman.

Apa pun, saya harap blog saya dapat memberi serba sedikit manfaat kepada anda atau sesiapa sahaja yang ingin menambah ilmu dalam Bahasa Inggeris.

Sekian terima kasih.