Pages

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah.
Blog ini telah berpindah.
Untuk mendapatkan catatan terbaru sila ke www.infoinggeris.blogspot.com

04 November 2010

Cara Mengubah Jantina Noun?

Noun kata nama mempunyai jantina. Walau bagaimana pun bukan semua noun ada jantina. Noun yang merujuk kepada kewujudan sahaja mempunyai jantina, contohnya wife isteri atau tiger harimau. Itu pun bukan semua kewujudan ada jantina. Terdapat juga kewujudan yang tidak mempunyai jantina contohnya angel malaikat. Noun yang merujuk kepada kebendaan dan kesamaran tidak mempunyai jantina contohnya table meja, height ketinggian dan music muzik.

Perbincangan mengenai jantina lazimnya ditujukan kepada common noun kata nama am. Dalam Bahasa Inggeris, jantina dipanggil gender. Terdapat dua gender jantina iaitu masculine maskulin dan feminine feminin. Berikut adalah contoh-contoh noun kata nama yang mempunyai jantina:

Noun Kata nama Gender Jantina
tiger harimau
mother ibu
sorcerer tukang sihir
actress pelakon wanita
husband suami
girl budak perempuan
masculine maskulin
feminine feminin
masculine maskulin
feminine feminin
masculine maskulin
feminine feminin

Terdapat dua cara untuk mengubah gender jantina bagi perkataan noun kata nama, iaitu:
  1. Menambah huruf-huruf ess pada hujung perkataan noun.
  2. Menukar perkataan noun kepada perkataan noun yang lain.

Menambah huruf-huruf -ess pada hujung perkataan noun

Cara ini adalah yang termudah kerana ia mempunyai kaedah yang tersusun iaitu hanya dengan menambah huruf-huruf ess pada hujung perkataan noun. Lihat contoh-contoh berikut:
  
Noun Feminine (tambah ess)
tiger harimau
sorcerer tukang sihir
murderer pembunuh
emperor kaisar
actor pelakon
tigeress harimau betina
sorceress tukang sihir wanita
murdereress pembunuh wanita
empress kaisar wanita
actress pelakon wanita

Menukar perkataan noun kepada perkataan noun yang lain

Cara ini tidak mempunyai kaedah yang tersusun. Untuk menukar jantina, seluruh perkataan noun terpaksa ditukar sama sekali kepada perkataan noun yang lain seperti berikut:

Masculine Feminine
boy budak lelaki
father bapa
husband suami
bull lembu
ram biri-biri
horse kuda
girl budak perempuan
mother ibu
wife isteri
cow lembu betina
ewe biri-biri betina
mare kuda betina

Perhatian

Jika anda diminta menukar jantina perkataan giant raksaksa, cara yang manakah yang diterangkan di atas yang anda akan guna? Jawapannya: Tidak ada kaedah tertentu bagi menentukan cara yang mana patut digunakan melainkan dengan merujuk kepada kamus serta penghafalan. Apa pun, jantina bagi perkataan giant raksaksa boleh ditukar menjadi giantess raksaksa betina iaitu dengan menggunakan cara pertama di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan