Pages

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah.
Blog ini telah berpindah.
Untuk mendapatkan catatan terbaru sila ke www.infoinggeris.blogspot.com

06 Oktober 2010

Bahasa Inggeris Ada Kelas!

Pernahkah anda lihat kamus Bahasa Inggeris Oxford yang hampir dua inci tebal? Masyaallah terdapat berpuluh ribu perkataan di dalamnya. Sudah tentu menjadi amat sukar untuk mempelajari bahasa ini, kan? Tapi yang anehnya semua perkataan-perkataan yang terdapat di dalam kamus itu boleh dikumpulkan kepada hanya lapan kategori. Ya, hanya lapan kategori sahaja. Haa, maknanya mempelajari bahasa ini bukanlah sesukar yang disangka.


Dalam istilah tatabahasa, kategori perkataan dipanggil kelas perkataan (atau pun golongan perkataan). Dalam Bahasa Inggeris ia dipanggil word class. Berikut adalah lapan kelas perkataan dalam Bahasa Inggeris:

Kelas Kependekan Makna
Noun n. kata nama
Pronoun pron. kata ganti
Adjective adj. kata sifat
Article art. kata sandang
Verb v. kata kerja
Adverb adv. kata keterangan
Preposition prep. kata sendi nama
Conjunction conj. kata hubung


Insyaallah dimasa akan datang kita akan bincang mengenai kelas-kelas perkataan ini tapi buat masa ini kita bincang secara ringkas dahulu agar kita dapat melihatnya secara keseluruhan.

Noun Kata nama
Noun merujuk kepada nama secara langsung. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas noun adalah Ahmad Ahmad, table meja dan night malam. Contoh ayat: Ahmad is a student. Ahmad seorang murid.

Pronoun Kata ganti nama
Pronoun merujuk kepada nama secara tidak langsung. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas pronoun adalah He dia, herself dirinya dan this ini. Contoh ayat: He is a student. Dia seorang murid.

Adjective Kata sifat
Adjective menunjukkan sifat. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas adjective adalah tall tinggi dan happy gembira. Contoh ayat: A tall girl. Seorang gadis tinggi.
Adjective juga memberi keterangan. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas adjective ini adalah easy senang dan some sebahagian. Contoh ayat: An easy question. Soalan yang senang.

Article Kata sandang
Terdapat tiga article iaitu a se, an se dan the itu.
Article a se menunjukkan hal umum. Contoh ayat: A house. Sebuah rumah.
Article an se juga menunjukkan hal umum. Contoh ayat: An elephant. Seekor gajah.
Article the itu menunjukkan hal khusus. Contoh ayat: The house. Rumah itu.

Verb Kata kerja
Verb menunjukkan perbuatan. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas verb adalah talk cakap dan look pandang. Contoh ayat: I talk to him. Saya bercakap pada dia.
Verb juga menunjukkan keadaan. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas verb ini adalah have mempunyai dan is ialah. Contoh ayat: I have a dream. Saya mempunyai impian.

Adverb Kata keterangan
Adverb menunjukkan cara, keadaan, waktu atau kekerapan sesuatu perbuatan dilakukan. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas adverb adalah slowly perlahan, sadly kesedihan, later kemudian dan daily harian. Contoh ayat: He cycled slowly. Dia kayuh perlahan.

Preposition Kata sendi nama
Preposition menunjukkan lokasi atau hal. Contoh perkataan-perkataan yang tergolong dalam kelas preposition adalah beside sebelah, up atas, from dari dan with dengan. Contoh ayat: Rajan stood beside me. Rajan berdiri sebelah saya.

Conjunction Kata hubung
Conjunction digunakan untuk menyambung perkataan, rangkai kata atau ayat . Contoh perkatan-perkataan yang tergolong dalam kelas conjunction adalah and dan, although walaupun, so maka dan unless melainkan. Contoh ayat: Maggie and I. Maggie dan saya.

2 ulasan:

  1. I like your blog. Harap dapat terus diperkembangkan. I am looking for some short stories in English.I would like my students to translate them in Malay ( suitable for the beginners).

    Terima kasih daun keladi...

    BalasPadam
  2. Terima kasih. That's interesting, I thought English short stories should be easily available. Takpe lah if I happen to come across any insyaallah I let u know ye.

    BalasPadam