Pages

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah.
Blog ini telah berpindah.
Untuk mendapatkan catatan terbaru sila ke www.infoinggeris.blogspot.com

04 Oktober 2010

Burung Pun Pandai Berkata-Kata

Ya, burung pun pandai berkata-kata. Tapi apa yang dikatakan oleh seekor burung? Mungkin kita tak faham tapi burung lain yang sejenis dengannya tentu faham. Kalau kita boleh kenal pasti kata-kata yang dituturkan oleh burung itu maka kita pun boleh berkomunikasi dengannya. Berdasarkan prinsip ini maka sepatah kata, juga dipanggil perkataan, adalah satu unit dalam bahasa yang boleh difahami oleh penutur asli. Dengan kata lain, asalkan kita boleh faham perkataan yang digunakan oleh orang lain maka perkataan itu boleh diterima sebagai satu unit dalam kaedah bahasa yang telah dipersetujui.


Baiklah kita dah bincang serba sedikit mengenai perkataan di atas. Dalam Bahasa Inggeris bagaimana pula? Sama je, cuma ia tidak dipanggil perkataan tapi ia digelar word. Sepertimana dalam Bahasa Malaysia, setiap perkataan dalam Bahasa Inggeris juga mempunyai makna seperti yang ditunjukkan di bawah:

Word Perkataan
drink minum
teacher guru
carpenter tukang kayu
blue biru
look lihat
cry menangis
sad sedih
police polis
dance menari

Di samping mempunyai makna, tiap-tiap perkataan mempunyai cirinya tersendiri seperti berikut:

Word Perkataan Ciri
drink minum perbuatan
teacher guru nama
carpenter tukang kayu nama
blue biru sifat
look lihat perbuatan
cry menangis perbuatan
sad sedih sifat
police polis nama
dance menari perbuatan

Dari jadual di atas kita boleh buat kesimpulan bahawa perkataan-perkataan boleh dikategorikan menurut ciri masing-masing seperti berikut:
Kategori perbuatan - drink minum, look lihat, cry menangis, dance menari.
Kategori nama - teacher guru, carpenter tukang kayu, police polis.
Kategori sifat - blue biru, sad sedih.

Dalam istilah tatabahasa, kategori-kategori ini dikenali sebagai kelas perkataan (juga dipanggil golongan perkataan). Dalam Bahasa Inggeris kelas perkataan dikenali sebagai word class. Insyaallah nanti kita bincang pasal word class pula ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan