Pages

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah.
Blog ini telah berpindah.
Untuk mendapatkan catatan terbaru sila ke www.infoinggeris.blogspot.com

03 Oktober 2010

Kamus Oh Kamus

Kalau nak belajar bahasa, rajin-rajinlah guna kamus. Kenapa? Sebab tanpa kamus, tak faham perkataan. Kalau tak faham perkataan, macam mana nak belajar bahasa sebab mempelajari bahasa adalah sebenarnya mengatur perkataan menurut kaedah yang telah ditentukan. Maka jadikanlah kamus sebagai teman. Baiklah, kita bincang sedikit cara penggunaan kamus.

Setiap perkataan dalam Bahasa Inggeris boleh dibahagikan kepada beberapa kelas utama contohnya perkataan house rumah tergolong dalam kelas noun kata nama manakala perkataan eat makan tergolong dalam kelas verb kata kerja.
Anda boleh mengenal pasti kelas sesuatu perkataan dengan merujuk kepada kamus. Lazimnya, kelas-kelas perkataan dicatat dalam kamus dengan menggunakan kependekan seperti berikut:

Kelas Kependekan Makna
Noun n. kata nama
Pronoun pron. kata ganti
Adjective adj. kata sifat
Article art. kata sandang
Verb v. kata kerja
Adverb adv. kata keterangan
Preposition prep. kata sendi nama
Conjunction conj. kata hubung

Sebagai contoh, perkataan beside dicatatkan dalam kamus seperti berikut:
beside prep. ―di sebelah; di sisi; di samping...
Catatan di atas menunjukkan bahawa perkataan beside tergolong dalam kelas preposition seperti yang ditunjukan oleh kependekan prep.. Catatan ini juga menunjukkan bahawa perkataan beside memberi maksud di sebelah; di sisi; di samping dan seterusnya.

Terdapat juga perkataan-perkataan yang bukan sahaja tergolong dalam satu kelas tetapi dalam beberapa kelas seperti berikut:
before adv., prep., conj. ―dahulu; terdahulu, sebelum...
Catatan ini menunjukkan bahawa perkataan before boleh tergolong dalam kelas adverb, preposition atau conjunction seperti yang ditunjukkan oleh kependekan adv., prep., conj.. Catatan ini juga menunjukkan bahawa perkataan before memberi maksud dahulu; terdahulu; sebelum dan seterusnya.

Jenama-jenama kamus mempunyai cara yang berbeza dalam mencatat kependekan kelas. Sila rujuk kepada panduan penggunaan kamus yang anda guna. Sebaliknya, jika kamus anda langsung tidak memberi catatan kependekan kelas maka ada baiknya anda mendapatkan kamus yang mencatatnya. Antara jenama kamus yang tidak asing lagi ialah Oxford Fajar. Apa pun, saya suka guna kamus online Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan